Tuesday, 27 December 2011

~mEnCaRi SiNaR bErSaMaNya~

~~nie first cerpen y aq tulis...cdap ke x wallahu alam...huhu...
tapi nie cme mnat aq wktu lapang....mane la tau kn kot2  ade harapan nk jd pnulis...kih3...
enj0y urself...~~


“Eh,apsal kau sibuk-sibuk sangat nak ganggu urusan aku nie hah?!..Aku punye suka la nak wat pape pn..kau peduli ape?”..Tersentak Zarah yang selama ini tak pernah menyangka bahawa aku akan menengkingnya sebegitu rupa..Aku sebenarnya sunyi..Aku terasa hidup aku terlalu kosong...Mungkin aku tengah rindukan sesuatu yang aku sendiri pun tak pasti apa.Panas air mata yang mengalir di pipi langsung tak kusedari.

“Zura,kenapa kau jadi macam nie?Kau dah tak macam dulu.Kau dah banyak sangat berubah.Kau selalu elak bila bertembung dengan aku.Kau selalu kluar sampai lewat malam.Mana kau pergi?”.Zarah mula dengan bebelannya yang selama ini seolah-olah dah sebati dalam dirinya.
               
                Aku bosan.Lantas beg sandang kuambil dan keluar .Remi lama menanti.Mungkin diluar sana aku akan temui ketenangan yang aku sukar untuk rasai tika bersama rakan-rakanku yang lain di rumah sewa yang memang dikhaskan untuk pelajar IPTA seperti kami itu.Aku diam sepanjang perjalanan.Remi sekadar menjeling dan kadang-kadang sengaja mengetuk stereng kereta dengan harapan dapat mematikan lamunanku itu.Namun segalanya sia-sia.Aku lebih selesa menyepikan diri dari bercakap dengan sesiapa pun,termasuk Remi yang kukira cukup istimewa dihatiku tika itu.

Sayang,come on..I bosanla tengok U diam je..I ajak U keluar sebab nak tengok U hepi..Bukan muncung je..kalu I tahu U camni,baik I tido je..Takde la membazir minyak kereta i sangat..”.Luah Remi kerana tak tahan melihat sikapku ini lagi.

“jadi U menyesal la keluar ngan I nie?ok la,tak pe..nanti I ganti balik duit minyak kereta U nie..”..Begitulah aku.Langsung tak mahu mengalah.Mungkin betullah kata mak dan ayahku.Aku nie lain dari adik-adik aku yang lain.walaupun aku nie anak sulung,tapi aku terlalu degil dan suka mengikut kata hati sendiri.Langsung tak dengar nasihat orang.

                Tapi pada aku,selagi apa yang aku buat tu tak salah,aku akan teruskan je.Walaupun kadang-kadang aku tahu apa yang aku buat tu menyusahkan orang lain,tapi apa aku peduli.Dunia aku.Sunyi memang sunyi,sebab makin hari kawan-kawan aku semakin menjauhkan diri,mungkin bosan dengan sikapku yang yang lagi suka menyepikan diri.

                “Sayang..mana U pergi nie hah??dah berapa kali I call U xangkat..U saja kan nak wat I marah!!”..

                Remi memandang tiap inci wajahku dengan muka menahan marah. Silapku juga.Tak pandai nak jaga hati dia.Aku cuma diam tanpa kata.

0k fine..I dah tak tahan ngan perngai U camni..U ad masalah ngan orang lain,tapi U libatkan I sekali..U layan I macam orang yang langsung tak pernah wujud dalam hidup U..I bosan tau tak??I bosan!!”..Remi mula melangkah meninggalkan aku sendiri dalam keadaan yang masih bingung.

                Tapi yang hairannya,aku langsung tak menangis,langsung tak merayu supaya dia pulang kepadaku kembali.Untuk pertama kalinya dalam hidup aku redha melepaskan satu-satunya lelaki yang aku sayang.Bagi aku dia lah yang terbaik.Walaupun setiap kali perjumpaan akan berakhir dengan pertengkaran kecil,namun sikapnya yang selalu menegur membuat kan aku sukar untuk berpaling pada yang lain.Biarlah.Mungkin dia bukan jodoh untukku.

“Ya Allah..aku rindu pada-Mu..Aku berdosa pada-Mu selama ini ya Tuhan..Aku sunyi dalam meniti hari-hariku..Aku sunyi tanpa teman disisi..Aku lemah dalam perjuanganku tanpa tangan yang menyambut tika aku hampir-hampir tersungkur..”..Rintihku dalam syahdu di malam yang hening.

                Bagaikan terjaga dari mimpi.Wajah itu seakan dekat denganku.Aku terlalu rindu.Ya..aku terlalu rindu padanya.”Ya Allah..mungkinkah ini kirimanmu dulu yang telah lama aku tinggalkan..mungkinkah dia yang telah sekian lama aku cari-cari selama ini..seorang sahabat yang tak pernah kenal erti jemu dalam menegur dan mendengar tiap luahan hatiku ini..”..

                Air mataku menitis lagi.

Assalamualaikum..s0ry ganggu..dah td0w ke? “..kiriman pesanan itu kuhantar dengan harapan dia masih mengingati aku.

Waalaikumsalam..bl0m lagi..kenapa?”..wah,gembiranya aku saat tu cuma tuhan je yang tahu..

takde pape..Cuma rindukan seorang  sahabat yang dah lama terpisah..teringatkan kenangan lama ngan dia..teringat gurau senda ngan dia dulu..Awak masih ingat sume tu lagi ke..saya sunyi kat sini wak..takde kawan..rasa macam terpencil..saya rindu nak awk ada kat saya saat-saat macam nie..susah nak cari kawan yang sanggup susah senang macam awk?”..

“Saya pun sama macam awak..Rindukan sahabat saya yang lama menyepi nie.. Saya pun sunyi kat sini..semua wat hal masing-masing..jujur gak,susah nak cari kawan sebaik awak..tapi,sabarla..InsyaAllah,nanti cuti kita jumpa erk?rindu nak g pantai ngan awk..hehe..”..

“InsyaAllah Syida..saya pun masih memerlukan sahabat seperti awak untuk bersama dalam hijrahku menuju Allah Yang Esa..Saya rindukan Dia..tapi saya takut lemah untuk berhadapan dengan-Nya..Saya rindukan ketenangan tu..Awak akan selalu ngan saya kan?”..Luahku dengan penuh rasa pengharapan..

“Takpe,saya ada untuk awak k..InsyaAllah,saya akan sentiasa tolong awk selagi termampu..ketenangan tu ada kat mana-mana,cuma kita kena cari  je..sekarang nie lupakan je semua perkara yang awk rasa tak patut dan mulakan dengan yang baru..jangan takut kalau kita rasa sendiri,sorang-sorang..sebab Dia selalu ada untuk kita..”..

Itu pesan sahabatku,Syahida yang tak pernah jemu memberikan kata semangat buatku.Kerana itu terlalu sukar bagiku untuk mencari sahabat persis dirinya lagi.

Ya Allah..gembiranya aku cuma Engkau yang tahu.Terima kasih kerana mengembalikan kembali sahabat yang telah kian lama hilang dari pandangan dan ingatanku.Aku tahu itu lah pemberian-Mu yang paling bernilai yang sukar untuk diperoleh oleh insan lain.Semoga persahabatan ini kekal hingga ke akhir hayat.

Nantikan ku di pintu syurga wahai sahabatku....
~zueka_92,21/8/11,07.00p.m~
p/s: sekadar titipan biasa,tiada kaitan antara yang masih hidup @ yang telah meninggal dunia...

No comments:

Post a Comment